Fon Telinga Wayarles Terbaik Selama Empat Generasi
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Fon Telinga Wayarles Terbaik Selama Empat Generasi

Wireless Earbuds Terbaik Selama Empat Generasi

Pengeluar peranti audio peribadi dan solusi pejabat berinovatif terkemuka dunia, Jabra telah melancarkan earbuds tanpa wayar generasi terkini, Jabra Elite 75t.
Fon Telinga Wayarles Terbaik Selama Empat Generasi

Lebih tahan lama dan tidak mudah tercabut, Jabra Elite 75t kini menjanjikan pengguna pengalaman optimum menikmati audio wireless sebenar. Reka bentuknya yang lebih padat, kukuh, selesa dan sesuai untuk semua jenis telinga serta ketahanan bateri yang lebih lama adalah ciri-ciri istimewa Jabra Elite 75t.

Berbekalkan kecanggihan bidang kejuruteraan audio sejak 150 tahun lalu, Jabra mempunyai rekod prestasi terbaik dalam menawarkan produk-produk wireless terunggul. Terhasil daripada kepakaran penghasilan produk audio Elite selama empat generasi berturut-turut, Jabra Elite 75t turut memanfaatkan bantuan GN Hearing yang terkenal dengan teknologi penghubung penjimat tenaganya.

“Produk aksesori audio di Asia biasanya longgar dan mudah tercabut. Ini merupakan satu masalah biasa memandangkan terdapat pelbagai jenis dan saiz telinga di rantau ini. Masalah ini boleh menyebabkan pengguna gagal menikmati muzik dan panggilan dengan baik dan selesa.

“Namun, semua masalah ini boleh diatasi dengan Jabra Elite 75t. Produk ini direka khas dan terhasil daripada satu kajian Jabra yang menyeluruh iaitu membuat ribuan imbasan ke atas jenis dan bentuk telinga bagi menawarkan earphone terbaik – lebih selesa dan sesuai untuk semua jenis telinga. Malah, Jabra Elite 75t juga dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 90 peratus lebih lama,” kata Pengurus Negara (Jabatan Konsumer) Jabra Malaysia, KC Yap.

Reka bentuk dan saiz Jabra Elite 75t telah direka khas bagi memberi pengguna keselesaan optimum. Diuji secara intensif, earphone terkini membolehkan pengguna melakukan apa jua aktiviti dengan yakin kerana ia lebih kukuh, selesa dan tidak mudah tercabut.  

Lebih bergaya dan elegan, Jabra Elite 75t merupakan produk ideal untuk semua jenis telinga termasuk mereka yang bertelinga kecil. Rekaannya yang ergonomik juga membolehkan pengguna menikmati muzik dan panggilan dengan lebih selesa untuk jangka masa panjang. Malah, pelbagai data penting tentang keperluan dan kegemaran pengguna Jabra juga telah dikumpul bagi mengenal pasti faktor penghalang utama yang mencegah pengguna daripada menikmati pengalaman audio wireless sebenar

Kamu boleh dapatkan Jabra Elite 75t dari pengedar-pengedar sah produk Jabra Malaysia terpilih seperti All IT Hypermarket, Harvey Norman, Foto Shangri-La dan kedai rasmi Jabra di LazMall.

Harga pasaran Jabra Elite 75t yang disyorkan adalah RM949.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker