OMG! Akhirnya Filem Enchanted Muncul Dengan Sekuel Kedua, Disenchanted - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

OMG! Akhirnya Filem Enchanted Muncul Dengan Sekuel Kedua, Disenchanted

This time is REAL! Peminat filem Enchanted seperti kamu pasti teruja mendengar berita baik ini!
GIF: Giphy

Kamu mesti pernah tertanya-tanya jika filem Enchanted akan mengadakan sekuel atau tidak, kan? Sebelum ini, ada khabar angin yang telah mengatakan filem sekuel Disenchanted akan menjalankan penggambaran beberapa tahun lalu (secara tepatnya tahun 2011! *eyes roll*) tapi tiada apa-apa perkembangan terhadap perjalanan produksi filem tersebut.

Dan akhirnya, pengarah Adam Shankman telah berkongsi gembira dengan peminat Disney seperti filem Enchanted dan filem klasik, Hocus Pocus bahawa kedua-dua filem ini akan mempunyai sekuel.

“…Looks like I’ll be working on a lot of magic for a while…I feel incredibly honored and humbled to be guiding forward these two Disney crown jewel legacies…Finger crossed!”

– Adam Shankman via Instagram

Shankman cukup terkenal dalam pengarahan filem-filem tahun 2007 seperti Haispray, Step Up dan A Walk To Remember. Dia juga pernah menjadi koreografer dalam banyak filem termasuklah Buffy The Vampire Slayer, The Wedding Planner dan Catch Me If You Can.

Sinopsis mengenai sekuel Disenchanted: Selepas 10 tahun Giselle hidup happily ever after, dia mula mempersoalkan kebahagiannya, dan tanpa sengaja menjalani kehidupannya di dalam dunia nyata dan Andalasia (dunia terbalik).

Okey…dan siapa pula pelakon Hollywood yang akan membintangi filem sekuel ini? Setakat ini, Amy Adams telah disahkan dan diteruskan sebagai Giselle. Cosmo berharap sangat James Marsden dan Patrick Dempsey masih kekal dalam watak masing-masing sebelum ini.

Foto: Pinterest / Amy Adams

Lagipun, pembikinan filem Disenchanted masih lagi dalam peringkat pra-produksi. Jadi, kita tunggu sajalah update terbaru perjalanan filem ini pada masa akan datang.

Rujukan: Instagram Adam Shankman/variety.com/imdb.com