Elak Makanan Ini Jika Mahukan Tidur Yang Lena - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Elak Makanan Ini Jika Mahukan Tidur Yang Lena

Elak Makanan Ini Jika Mahukan Tidur Yang Lena

Tidur yang cukup sangat penting untuk kesihatan. Tahukah kamu ada beberapa makanan yang boleh mengganggu proses beradu kamu?Menurut CEO National Sleep Foundation, Russell Rosenberg, Ph.D., kamu perlu hindari makanan dan minuman ini sebelum tidur…

Elak Makanan Ini Jika Mahukan Tidur Yang Lena

Foto: Depositphotos

Dark Chocolate

Ia mungkin menjadi pilihan kamu sebagai kudapan sebelum tidur (Cosmo pun suka!), namun sebenarnya tidak digalakkan. Sama seperti kopi, coklat mengandungi kafein – juga theobromine yang boleh meningkatkan denyutan jantung dan membuatkan kamu sukar untuk lena.

Alkohol

Buat non-Muslim, meminum alkohol sebelum tidur adalah keputusan yang salah. Ia mempercepatkan metabolisme tubuh dan membuatkan kamu terbangun beberapa kali di malam hari. Satu kajian mendapati, wanita yang minum segelas bourbon atau vodka yang dicampur bersama soda tanpa kafein akan membuatnya terjaga lebih lama 15 minit. Selain itu, alkohol juga membuatkan kamu berdengkur!

Minuman Berkarbonat

Ia sebenarnya lebih berasid daripada semua minuman yang ada di dunia ini! Minuman berasid boleh menganggu tubuh untuk berehat. Selain itu, kandungan karbonat di dalamnya juga boleh meningkatkan tekanan dalam perut, membuatkan kamu berasa tidak selesa.

Makanan Pedas

Kamu suka makanan pedas? Fikir dua kali sebelum makan hidangan pedas si waktu malam. Kajian yang dilakukan di Australia mendapati mereka yang makan sos Tabasco atau sambal ketika makan malam mengalami kesukaran untuk tidur. Selain itu, ia juga boleh buat perut kamu memulas, jadi bagaimana nak lena bak Puteri Beradu?

Protein

Mengambil makanan tinggi protein tinggi ketika dinner bukan tindakan yang baik. Ketika tidur, pencernaan seharusnya diproses dalam keadaan perlahan sekitar 50 peratus, tetapi makanan tinggi protein menyebabkan sistem pencernaan kamu terpaksa bekerja lebih keras. Tubuh sepatutnya fokus untuk berehat pada waktu ini, namun terpaksa pula bekerja untuk mencerna protein yang kamu ambil.

Artikel asal: Adya Azka (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor