Eksklusif - Pengakuan Berani Mati Ain Edruce Tentang Kisah Peribadinya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Eksklusif – Pengakuan Berani Mati Ain Edruce Tentang Kisah Peribadinya

Nama model dan juga hos TV, Ain Edruce semakin meningkat naik selepas lakonannya dalam drama Kekasih Paksa Rela di slot Akasia TV3, gandingan pertamanya bersama Remy Ishak dan Intan Najuwa.

Menerusi sebuah video untuk segmen Fun Fearless Fabulous Girl dalam majalah Cosmopolitan isu Disember 2017, Ain cukup sporting menjawab soalan panas mengenai kisah cintanya juga beberapa pengakuan peribadi eksklusif bersama Cosmo team.

Cosmo menyerahkan burn book – Cosmo Confession kepada Ain dan dia memilih sendiri soalan panas yang telah disediakan dalam buku itu. Bagaimanapun Ain telah menjawab semua soalan dengan jujur tanpa berselindung (we hope so). Cosmo mahu berikan pujian kepada Ain kerana dia antara selebriti yang sangat mudah memberikan kerjasama dan sering tampil dengan vibes yang hebat penuh bertenaga di sepanjang sesi penggambaran.

Jangan lupa nantikan drama mini- Inspirasi Cinta, terbitan BluInc Media dengan kerjasama enam majalah popular seperti Cosmopolitan, Eh, Glam, Glam Lelaki, Glam Deko dan Jelita, menampilkan Ain Edruce dan Miller Khan sebagai teraju utama.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness