Duduk Silang Kaki Boleh Membahayakan, Ini Sebabnya... - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Duduk Silang Kaki Boleh Membahayakan, Ini Sebabnya...

Duduk Silang Kaki Boleh Membahayakan, Ini Sebabnya…

Mungkinkah sebab itu ia diharamkan dalam keluarga Diraja?

Duduk Silang Kaki Boleh Membahayakan, Ini Sebabnya...

Foto: Depositphotos

Bagi Cosmo, filem The Princess Diaries telah mengubah banyak perkara. Karakter Anne Hathaway, Mia dan Cosmo sama-sama belajar cara menjadi ‘puteri’ dan bagaimana cara duduk yang betul termasuk cara melambai…

Ramai orang suka duduk dengan kaki bersilang dan menganggap ia pose ladylike. Malangnya, satu kajian saintifik membuktikan cara duduk sebegini boleh meningkatkan tekanan darah, namun sebaliknya jika duduk mengikut adat Diraja iaitu silang di bahagian buku lali.

princess diaries

Bila kamu silangkan lutut di atas sebelah kaki, semua darah akan menuju ke bahagian dada. Jantung akan mula mengepam dalam kuantiti yang banyak yang meningkatkan tekanan darah.

Namun bukan itu saja, posisi sebegini juga boleh menyebabkan pelvic imbalance. Satu kajian membuktikan menyilang kaki lebih dari tiga jam sehari boleh menyebabkan bongkok serta sakit pinggang dan tengkuk. Juga, untuk jangka masa panjang ia menyebabkan otot dalam paha menjadi pendek dan otot luar paha menjadi panjang, meningkatkan risiko sendi terkeluar. And who wants that?!

Jadi jika kamu nampak Cosmo duduk silang kaki di bahagian buku lali bukannya lutut, ketahuilah ia bukan diinspirasikan daripada Meghan Markle, sebaliknya alasan kesihatan semata-mata! 😀

Artikel asal: Sakshi Dhyani (cosmopolitan.in)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor