Drake Di-'Friendzoned' Oleh Rihanna
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
rihanna drake

Drake Di-‘Friendzoned’ Oleh Rihanna

MTV Video Music Awards adalah malam paling bermakna buat Rihanna apabila dianugerahkan trofi Michael Jackson Vanguard Award, anugerah yang mengiktiraf pencapaian artis sepanjang tahun. Trofi itu membuktikan Rihanna adalah antara artis terbaik di Hollywood. 

rihanna drake

Foto: Instagram.com/mtv

Namun ada lagi cerita menarik selain pengiktirafan tersebut! Penyampai trofi untuk anugerah tersebut telah meluahkan rasa cinta dan kagumnya terhadap Rihanna. Penyanyi kelahiran Kanada, Drake memberikan ucapan manis buat Rihanna sebelum meyampaikan trofi. Ucapan Drake mengundang tepukan dan jeritan penonton di Madison Square, New York.

“She’s someone I’ve been in love with since I was 22 years old. She’s one of my best friends in the whole world. All my adult life, I’ve looked up to her even though she’s younger than me.” luah Drake.

Tetapi ucapan indah kelihatan sedikit canggung apabila Drake kemudiannya cuba mengucup Rihanna namun penyanyi itu menolak dan hanya membalas dengan pelukan. “Itu tidak kelakar,” kata Rihanna dalam nada bergurau. Drake kemudian berdiri di belakang Rihanna dengan wajah yang menanggung malu sambil tersenyum kecil sepanjang Rihanna memberi ucapan kemenangan.

https://www.instagram.com/p/BB-wHsBhMxP/?taken-by=badgalriri

Foto: Instagram.com/badgalriri

Momen tersebut menjadi viral dan trending di Twitter apabila ramai peminat mengatakan Rihanna hanya menganggap Drake sebagai teman biasa #Friendzoned. Sebelum ini media dan peminat mengesyaki Rihanna dan Drake mempunyai hubungan istimewa kerana sering meluangkan masa bersama. Namun Rihanna berkata dia selesa bersama Drake apatah lagi mereka kerap bekerjasama sebelum ini.

Bagaimanapun selepas kejadian itu, mereka dilihat berpimpinan tangan menuruni pentas. Malah menghabiskan masa bersama di parti selepas anugerah selesai. Peminat rata-ratanya mahu mereka bersama sebagai pasangan kekasih. Malah ada juga yang mengharapkan Drake melamar Rihanna di atas pentas MTV VMAs itu. Tidak pasti bagaimana hubungan mereka selepas ini, yang pasti kamu boleh stalk instagram mereka.

 

Foto: Instagram.com/champagnepapi/Oleh: @curlyjow

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness