Disisihkan Oleh Kerabat Diraja, Punca Meghan Markle Bawa Diri Ke Kanada
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Disisihkan Oleh Kerabat Diraja, Punca Meghan Markle Bawa Diri Ke Kanada

Disisihkan Kerabat Diraja Punca Meghan Markle Bawa Diri Ke Kanada

Sudah hampir seminggu sejak Meghan Markle dan Prince Harry menggemaparkan dunia dengan pengumuman mereka untuk meninggalkan kerabat diraja United Kingdom.
Disisihkan Oleh Kerabat Diraja, Punca Meghan Markle Bawa Diri Ke Kanada
Foto: Good housekeeping

Selepas Meghan dan Harry tanpa memberitahu ahli keluarga diraja, Queen Elizabeth akhirnya merestui keputusan mereka untuk berpindah ke Kanada setelah membuat perhimpunan diraja. Dia membenarkan Meghan dan Harry untuk melakukan apa yang mereka inginkan (within reason, ofc) tetapi tak bermaksud drama ini sudah berakhir.

Kawan rapat kepada Meghan dan Harry baru sahaja memberitahu People bahawa Meghan dan Harry sebenarnya tidak ingin meninggalkan keluarga kerabat seperti ini, tetapi mereka dilaporkan merasa tidak mempunyai pilihan lain. “This is not how they wanted to handle this, tetapi Meghan dan Harry terpaksa melakukannya,” sumber tersebut berkata. “Terlalu banyak bad blood yang berlaku dalam keluarga mereka, ianya toksik. Jika hubungan mereka lebih baik, ini semua tak akan terjadi.”

Related image
Foto: foxnews

Malah, Meghan juga sangat tertekan dengan media England yang sangat negatif terhadapnya. Masihkah kamu ingat yang Harry ingin menyaman Daily Mail kerana telah membuli Meghan? Kini, satu sumber istana telah mengesahkan bahawa semua kisah negatif ini sangat melukai hati Meghan dan merasakan keluarga diraja ini tidak berada dipihaknya. “Meghan dan Harry merasakn mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada mereka,” tambah sumber tersebut.

Dan tambah menyedihkan, Harry dilaporkan merasa semua ini adalah salahnya. Meghan kini telah pun selamat berada di Kanada bersama anak mereka, Archie dan Harry akan terbang ke sana tidak lama lagi. Cosmo harap mereka akan lebih bahagia selepas ini.

Artikel asal: Starr Bowenbank (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker