Dendam Nur Fazura Bakal Menghantui Kamu...
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Dendam Nur Fazura Bakal Menghantui Kamu...

Dendam Nur Fazura Bakal Menghantui Kamu…

Dendam Pontianak ialah sebuah filem yang diarahkan dan ditulis oleh Glen Goei dan Gavin Yap, mengenai kehidupan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin dan dibelenggu dengan dendam pontianak yang memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan.

Turut membintangi filem seram-romantik ini adalah Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadiah M.Din, Wan Hanafi Su, Nadia Aqilah dan Nik Harraz Danish.

Selain itu, salah satu kelebihan untuk filem ini adalah gabungan krew produksinya yang sangat berbakat dari negara serantau antaranya penataan busana oleh Akma Suriati Awang, penyunting hebat filem Shutter oleh Lee Chatametikool, penataan bunyi oleh Akritchalerm Kalayanamitr (pemenang Cannes Palme d’Or untuk Uncle Boomee Who Can call His Past Lives), perunding visual oleh Christopher Doyle (In The Mood For Love) dan pengarah sinematografinya oleh Jon Keng.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga tampil dengan lagu terbaru bertajuk Kekasihku Selamanya yang menjadi runut bunyi utama bagi filem ini. Berkongsi pengalaman ketika merakamkan lagu ini, ini adalah pertama kali Dato’ Siti menyanyikan lagu untuk sebuah filem seram yang ia telah dijalankan sekitar tiga bulan lalu. Menurutnya, lagu tersebut mempunyai aura seram yang tersendiri yang dicipta oleh komposer terkenal Aubrey Suwito dan lirik oleh Ad Samad.

Intipati filem ini adalah tentang cinta dan apakah akibatnya jika cinta sejati itu dikhianati. Segala penceritaan dan paparan tragedi baik dan buruk yang menimpa semua watak-watak di dalam filem sememangnya bermula dari cinta.

Dendam Pontianak bakal ‘mengilai’ di pawagam mulai 12 September 2019. Jangn lupa tonton okey!


Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist