Demi Lovata Dan Selena Gomez Putus Kawan?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Demi Lovata Dan Selena Gomez Putus Kawan?

Demi Lovata telah mengejutkan ramai pihak apabila dia mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan dia dan Selena Gomez bukan lagi sahabat baik. Selena dan Demi sebelum ini sangat rapat ketika sama-sama bekerja bersama Disney.
Foto: Billboard

Dalam temu bual terbaru Demi bersama majalah Harper’s Bazaar, Demi banyak bercerita tentang persahabatannya bersama Selena dan apa dia rasakan tentang komen Selena tentang persembahannya di Grammys. Jika kamu lupa, Demi memberikan persembahan yang sangat menyentuh perasaan dengan lagu Anyone dan dia dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas itu kerana overdose.

Setelah Selena menonton persembahan tersebut, dia menulis, “I wish there were words to describe how beautiful, inspirational, and DESERVED this moment was. Demi, saya sangat gembira untuk kamu. Terima kasih atas semangat dan keberanian kamu.”

Demi Lovato on Selena Gomez and Their Relationship in 2020
Foto: Elle

Pada tahun 2018, Selena ditemu bual oleh Elle Magazine tentang masalah yang dihadapi oleh Demi dan berkata, “Saya menghubunginya personally. Saya tak lakukannya secara terbuka. Saya tak nak. Saya sayangkan dia. Kami kenal sejak berumur tujuh tahun.”

Demi menjelaskan kenapa dia tidak memberi respon kepada Instagram Story Selena tahun ini. Demi berkata, “Apabila kamu membesar bersama seseorang, kamu akan sentiasa menyayangi mereka. Tetapi saya bukan kawan dia, jadi rasanya…” Demi tidak menghabiskan ayatnya tetapi dia sudah jelas dia tidak selesa dengan Insta Story tersebut. Dia menambah, “Saya akan sentiasa menyayangi dia dan I wish everybody nothing but the best.”

Selena belum memberi respon kepada isu ini tetapi jika dilihat daripada apa yang dikatakan oleh Demi, persahabatan mereka sudah berakhir.

Artikel asal: Shannon Barbour (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker