Kini Kamu Boleh Dapatkan Bulu Mata Ala Barbie Doll - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Dapatkan Bulu Mata Ala Barbie Doll!

Kini Kamu Boleh Dapatkan Bulu Mata Ala Barbie Doll

Okey, kadang Cosmo malas untuk bersolek sakan dan trik paling best adalah dengan memakai eyelash extension. Pastinya kami memilih Bubble Gum Lash yang mempunyai tiga cawangan untuk kamu kunjungi.

Tak dinafikan pusat servis eyelash extension Bubble Gum Lash ini cukup selesa, layanan yang diberikan memang tip top! Ia menyediakan pelbagai stail, lash lift and tint, juga tiga jenis bulu mata untuk kamu pilih. Kalau tak mahu tampak keterlaluan, natural adalah pilihan bijak. Cosmo pula suka sesuatu yang ekstra jadi kami pilih extreme. Bubble Gum Lash juga mempunyai signatur eyelash extension.

Jika kamu memilih natural, satu bulu mata akan digam dengan 1 bulu mata palsu. Kaedah ini dipangil 1:1. Ia sesuai jika kamu mempunyai bulu mata yang lebat, tapi tak salah kalau nak go for extra.

Signatur pula gabungan bulu mata extreme dan natural, jadi bulu mata kamu tampak seimbang. Leaving you with fluffy and textured lashes.

Bila helaian bulu mata halus disatukan dan letak di atas bulu mata kamu, memang ‘wow’! Mata kamu tampak lebih bundar dan pastinya mencuri tumpuan sesiapa yang memandang.

Jangan khuatir kerana kesemua pakar terapi bulu mata ini mempunyai pengalaman dan diberi latihan yang mencukupi. Bubble Gum Lash tidak mengira bulu mata tetapi sebaik kamu langkah keluar dari spa ini, mata kamu cukup gorgeous. Mudahnya nak dapatkan bulu mata ala Barbie doll!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist