Dang! Jennifer Lopez Disaman Gara-gara Sekeping Gambar
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Dang! Jennifer Lopez Disaman Gara-gara Gambar Instagram

Berdasarkan laporan E! News, Jennifer Lopez telah disaman kerana memuat naik gambar di Instagram tanpa kebenaran jurugambar tersebut.
Foto: Celebmafia

Berdasarkan dokumen mahkamah yang diterima oleh E!, Steve (jurugambar) adalah pemilik gambar tersebut dan dia menuntut ganti rugi sebanyak USD150,000 untuk pelanggaran hak cipta.

Menurut tuntutan mahkamah (kepada J.Lo dan syarikat produksinya), “Defendants did not license the Photograph from Plaintiff for its Website, nor did Defendants have Plaintiff’s permission or consent to publish the Photograph on its Website.”

Tuntutan ini difailkan oleh peguam Richard Liebowitz, yang berkata kepada E! News, “Ini adalah salah satu contoh selebriti menggunakan foto jurugambar tanpa kebenaran untuk promosikan diri mereka di media sosial. Bilangan likes yang diterima gambar tersebut dicampur dengan bilangan followers media sosial mereka adalah satu teknik untuk mengkomersialkan post mereka.”

Untuk pengetahuan kamu, ini bukanlah kali pertama J. Lo telah disaman kerana sekeping gambar. Dia juga pernah disaman sebanyak USD150,000 kerana memuat naik gambarnya bersama Alex Rodriguez di Instagram Story pada tahun 2017.

Artikel asal: Mehera Bonner (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker