Cukup Tidur Namun Lingkaran Gelap Masih Kelihatan? Ini Puncanya - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cukup Tidur Namun Lingkaran Gelap Mata Masih Jelas Kelihatan? Ini Sebabnya

Cukup Tidur Namun Lingkaran Gelap Masih Kelihatan? Ini Puncanya

Kamu rasa lingkaran gelap muncul disebabkan kurang tidur? Hakikatnya, itu hanyalah salah satu sebab saja. Cosmo kongsikan enam punca sebenar…

Cukup Tidur Namun Lingkaran Gelap Mata Masih Jelas Kelihatan? Ini Sebabnya

Foto: Depositphotos

1. Genetik

Jika lingkaran gelap kamu tak pernah hilang walaupun ketika kamu cukup tidur, bermakna ia disebabkan oleh faktor keturunan. Namun jangan risau, ini boleh kamu samar dengan solekan.

2. Peningkatan Usia

Usia yang semakin meningkat menyebabkan kehilangan kolagen dan jaringan lemak dalam kulit, seterusnya membuatkan cecair yang terkumpul di bawah mata kelihatan semakin jelas.

3. Penurunan Berat Badan

Ketika kamu kehilangan berat badan, secara automatik kamu kehilangan volume di wajah dan ini sangat mempengaruhi lingkaran mata. Jika penurunan berat badan terlalu drastik, ia menyebabkan pembuluh darah di bawah mata menonjol dan kulit menjadi lebih tipis hingga membuatkan sekitar mata tampak lebih cekung.

4. Salah Bersolek

Salah memilih warna eyeshadow dan cara aplikasi boleh membuatkan lingkaran gelap kelihatan lebih jelas.

5. Menggosok Mata

Ingat, kawasan bawah mata adalah bahagian paling nipis di wajah dan jika kamu menggosok terlalu kerap, ia boleh menyebabkan keradangan. Akibatnya, bahagian sekitar mata akan bengkak dan boleh menyebabkan lingkaran gelap.

6. Mengambil Makanan Masin Secara Kerap

Makanan yang mengandung banyak garam menyimpan air di dalam tubuh termasuk bawah mata, yang menyebabkan mata kamu kelihatan membengkak. Ini penjelasan mengapa kamu bangun pagi dengan mata bengkak setelah melahap daging barbeque malam sebelumnya!

Artikel asal: Astriana Gemiati (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor