Cuba Gaya 'Lulus Instagram' Untuk Waktu Santai Hujung Minggu Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cuba Gaya ‘Lulus Instagram’ Untuk Waktu Santai Hujung Minggu Ini

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

#MoreBeautifulTogether

Kamu lebih gemar bereksperimen dengan solekan mata funky atau memilih gaya lebih selamat yang manis dan menawan untuk bertahan sepanjang malam? Tidak kira yang mana pilihan kamu, dapatkan inspirasi daripada dua gaya ini untuk mengangkat penampilanmu kala keluar bersama teman-teman nanti.

Jika jadual harianmu sibuk, sibuk dan sentiasa sibuk, pastinya waktu bersantai bersama teman-teman tersayang dapat mengurangkan tekanan dan buat kamu rasa lebih tenang. Makan-makan pada hujung minggu itu perlu!

Kamu mula rasa bosan dengan solekan yang biasa kamu gayakan? Ubah dan tingkatkan gayamu serta keluar dari zon selesa itu! Pastinya keyakinan diri juga lebih meningkat dan Instagram feed kamu lebih menarik.

Kami sukakan keyakinan yang ditampilkan Fiona Oon, spin instructor. Di dalam kelasnya dia sentiasa berikan lebih daripada 100%! Kamu juga mampu tampil yakin bersemangat sepertinya dengan gaya berbeza dan ceria untuk waktu santai kamu nanti. Semua produk yang digunakan untuk menghasilkan dua gaya santai dan ceria ini ada di Guardian dan boleh menjadi milik kamu dengan mudah dari mana-mana rangkaian Guardian atau secara online.

** Dapatkan kesemua produk ini di mana-mana outlet Guardian dan bagi setiap pembelian produk solekan, kamu boleh menikmati Make Me Up Services PERCUMA di :
– Guardian KLCC
– Guardian Sunway Pyramid
– Guardian Mid Valley
– Guardian One Utama

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru