Cuba 5 Idea Hebat Ini Untuk Mengemas Almari - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cuba 5 Idea Hebat Ini Untuk Mengemas Almari

Bersedia untuk spring cleaning!

Ada banyak penyelesaian DIY untuk maximize ruang almari kamu, termasuklah kaedah Marie Kondo melipat pakaian dan mengitar semula pakaian kamu mengikut musim. Antara idea lain yang Cosmo kongsi termasuklah menggunakan pembahagi rak, bakul pelbagai saiz dan penggantung baju nipis.

1. Tukar hanger baju tebal dengan yang nipis

Dengan almari pakaian yang kamu ada, ruang sangatlah penting. Jadi penting sekali untuk kamu sumbat sebanyak mana pakaian di dalam almari. Jadi tukar hanger baju tebal dengan yang nipis.

2. One word: Storage

Mengasingkan item kamu (seperti skarf, stoking dan pakaian dalam) ke dalam kotak individu akan membantu kamu untuk memaksimumkan ruang rak dan akan memastikan semuanya mudah diakses dan teratur.

3. Pasang rak pakaian dalam bilik

Mungkin kamu mempunyai dress cantik seperti gaun formal, summer dresses yang jarang sekali dipakai. Pakaian ini boleh diletak di luar almari seperti rak pakaian portable yang bukan sahaja functional tapi comel!

4. Use you wall space, wisely

Kamu tahu bahawa kamu terpaksa menjadi kreatif untuk optimumkan setiap ruang. Menariknya, kamu boleh menjadi betapa fancy pun dengan setiap spot untuk paparkan aksesori kamu.

5. Projek DIY: Scarf holder

Buat yang berhijab, mempunyai banyak skarf boleh memeningkan kepala. Untuk menyelesaikan masalah ini, gantung beberapa cangkuk tirai shower curtain di hanger baju, dan masukkan skarf ke dalam setiap cangkuk.

Artikel asal: Cosmopolitan Philippines

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva