#COVID19: Selebriti Malaysia Bantu Golongan Memerlukan Di Laman Sosial
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Covid-19: Selebriti Malaysia Bantu Golongan Memerlukan Di Laman Sosial

Kecoh di internet apabila segelintir artis Malaysia dikecam gara-gara menyuarakan kerisauan apabila mereka juga kehilangan punca pendapatan akibat #pkp!

Terlalu banyak rasanya negative vibes di laman sosial sehingga menimbulkan perbalahan netizen dan selebriti. Di saat negara sedang dalam proses mencegah penyebaran Covid-19, lebih baik rasanya kita fokus kepada perkara positif.

Tidak perlu menegakkan benang yang basah ataupun mencurah miyak ke dalam api! Cosmo perasan di saat selebriti dikecam, ada di kalangan mereka yang turut menghulurkan bantuan. Mungkin tidak sebanyak selebriti Korea Selatan, tetapi sedikit sebanyak membantu meringankan beban orang ramai yang memerlukan.

Ada ramai lagi sebenarnya, malah ada juga yang menyumbang secara senyap. Apa pun, Cosmo salute dengan usaha dan niat mereka.

ZARINA ANJOULIE

Zarina Anjoulie di Instagram sebelum ini lantang membidas beberapa selebriti yang merungut memerlukan bantuan kewangan. Semalam di Instagramnya, Zarina melakukan pengagihan barangan keperluan di rumahnya dan golongan yang memerlukan datang sendiri dan mengambil bahagian mereka.

Video yang viral itu kemudian membuatkan ramai netizen yang turut sama menghulurkan bantuan. Zarina bagaimanapun tidak mahu mereka mendermakan wang ke akaunnya, tetapi mahu netizen sama-sama membantu membeli barangan keperluan.

Bagus ada artis artis macam ni…semoga bertambah murah rezeki anju Zarina Anjoulie LavocahShe's sooooooooo REAL!!!

Posted by Qasrina Caras on Sabtu, 28 Mac 2020

SHARIFAH SAKINAH

Masukkan number acc anda di comment atau dm . Nak bagi duit kat netizen untuk beli groceries. 20 org terawal dapat duit dari sakinah…

Sakinah memindahkan sejumlah wang kepada 20 orang yang terawal bagi membeli barang keperluan.

INTAN NAJUWA

Intan Najuwa baru sahaja memuat naik posting di Instagram berniat untuk membantu golongan-golongan tidak bernasib baik. Intan mahu membantu membelikan barangan keperluan dan meminta mereka yang memerlukan atau yang tahu sesiapa dalam kesusahan untuk direct message di Instagram miliknya.

SITI ELIZAD

Berbeza dengan artis lain, Elizad menyumbangkan makanan bungkus kepada frontliners yang bertugas. Baru-baru ini, Elizad mengagihkan 100 bungkus makanan kepada anggota bertugas di kawasan Bukit Jalil. Elizad ada berniat untuk menghantar makanan kepada petugas lain tetapi akan mengikut prosedur yang betul sebelum keluar melakukannnya.

RADIN & HANIFF HAMZAH

Penyampai radio Era, Radin dan Hanif bersama rakan-rakannya melancarkan satu group di WhatsApp bernama “Kami Bukan Kaya”, yang membantu mereka yang memerlukan bulan ini. Mereka juga menyumbang sebahagian daripada gaji mereka selain mengajak peminat untuk sama-sama membantu.

NATASHA HUDSON

Model dan pelakon Natasha Hudson menerusi tabung @Amalhope.my melancarkan tabung derma bagi membantu mengumpulkan wang untuk barang keperluan petugas perubatan.

NINA ISMAIL SABRI

Isteri kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, Nina membantu peniaga online. Nina akan memuat naik 10 perniagaan lokal di Instagramnya kepada pengikutnya. Nina tidak mengenakan bayaran dengan mempromosikan perniagaan-perniagaan online lokal.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness