Covid-19: Kerajaan Lancar Aplikasi MySejahtera
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Covid-19: Kerajaan Lancar Aplikasi MySejahtera

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri.

Langkah-langkah pendaftaran:

1. Masukkan nombor telefon bimbit atau alamat e-mel kamu.

2. Tekan ‘Hantar’. Kamu akan menerima One Time Pin (OTP) melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel).

3. Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘hantar’.

4. Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan ‘Hantar’. Kamu akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’.

5. Muat turun aplikasi MySejahtera dan log masuk. Kamu boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma di Google play, App Store dan AppGallery.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker