Covid-19: Jauhi Stigma, Pandangan Negatif Terhadap Pesakit Dan Keluarga
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Covid-19: Jauhi Stigma, Pandangan Negatif Terhadap Pesakit Dan Keluarga

Jauhi Stigma! Jangan memandang negatif terhadap pesakit Covid-19 dan keluarga mereka. Mereka tidak minta untuk dijangkiti.

1. Jika kamu masih belum tentang fakta ini, ya, pesakit yang sudah sembuh tidak akan boleh menjangkiti individu lain. Mereka telah pulih sepenuhnya dan boleh bergaul seperti biasa.

2. Covid-19 tidak mengenal bangsa, agama dan status. Ini bukanlah masanya untuk kita menunding jari kepada sesiapa. Sebaliknya, kekalkan minda positif dan bantu antara satu sama lain.

3. Jika kamu mempunyai ahli keluarga atau kawan yang telah sembuh, pastikan kamu memberikan sokongan kepada mereka. Kata-kata semangat dan persekitaran positif sangat penting untuk mereka meneruskan kehidupan.

4. Akhir sekali, jangan labelkan bekas pesakit sebagai kes atau mangsa Covid-19.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker