Cosmopolitan X Anastasia Beverly Hills - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmopolitan X Anastasia Beverly Hills

Cosmo had a quick chat with the brand founder herself, Anastasia Soare dan kami tak sabar untuk explore produk-produk kecantikan ABH bila dah boleh keluar nanti!

Anastasia Beverly Hills, A Comprehensive Approach to Beauty

C: Jenama ini bermula dengan produk untuk kening dan kini mempunyai barisan produk kening yang paling komprehensif berbanding jenama lain. Apakah falsafah ABH tentang kening dan mengapa kita semua harus menganggap ia penting dalam solekan?

A: Kecantikan adalah tentang keseimbangan dan porpotion – bukan kesempurnaan. Ini adalah falsafah di belakang Anastasia Beverly Hills. Menggunakan Golden Ratio Shaping Technique, bentuk alis ditentukan dengan tiga ukuran dan disesuaikan dengan wajah setiap individu dan struktur tulang yang unik. Ini membawa keseimbangan dan keharmonian estetik kepada wajah seseorang, sekali gus mengubah penampilan mereka. Semua produk yang kami buat sejak itu juga telah memegang prinsip ini, Contour-Kit kegemaran peminat kami. Dengan menggunakan warna cerah dan gelap, pelanggan dapat menyerlahkan atau menyembunyikan ciri-ciri yang berbeza, sekali lagi, membawa keseimbangan dan keharmonian.

C: Adakah penting bagi jenama kecantikan untuk sentiasa tampil dengan warna-warna baru, produk baru mengikut trend atau berpegang kepada klasik, tidak mengubahnya terlalu kerap?

A: Interestingly, I think the trend actually is individuality. Instagram serta media sosial benar-benar membantu dengan mengubah solekan menjadi karya seni, jadi semua orang punyai gaya serta kreativiti mereka sendiri. Semuanya tentang membangunkan gaya peribadi kamu sendiri. Sesetengah orang mungkin suka gaya neutral, dan yang lain mungkin mahu lebih banyak pilihan warna pelbagai. Antara rangkaian klasik ABH dan koleksi Norvina baru, kami menyediakan sesuatu untuk semua orang.

C: Will we be seeing more skincare or face primers in the near future?

A: Kemungkinan itu pasti. Kami ingin melihat apa yang diperlukan di pasaran dan dan membuat keputusan produk baru berdasarkan itu.

C: Apakah 5 produk must haves daripada ABH?

A: Brow Wiz – Saya takkan ke mana-mana tanpa Brow Wiz. Ia boleh mewarnakan dan juga membentuk kening dengan kemas dan ia adalah ‘teman’ kepada setiap kening yang dibentuk seperti pakar.

Clear Brow Gel – Guna dengan produk lain atau sendirian untuk set kening sepanjang hari. 

Palette – Kami ada pelbagai palet berbeza, hampir setiap orang boleh menemui satu yang sesuai dengan warna yang sesuai dengan diri dan personaliti mereka. Setiap satu menawarkan formula berkualiti yang mudah diadun. 

Luminous Foundation – Luminous Foundation kami bila dipakai terasa seperti kulit kedua, dan dengan 50 pilihan warna, pastinya setiap orang mampu menemui rona yang sempurna.  

Liquid LipstickLiquid Lipstick has a cult following for a reason. Ia memberi kemasan matte dan bertahan daripada hampir apa saja.

Lash Brag – Maskara baru kami ini incredible. Bulu mata penuh dan lebat yang tak rasa kering atau rapuh.

C: Loving makeup is one thing, tahu cara menggunakannya satu hal lain pula. Bagusnya ABH berkongsi tip dan panduan menggunakan produk dengan betul buat amatur-amatur solekan. Apa pendapat kamu tentang pelbagai gaya tutorial solekan yang terdapat pada setiap platform media sosial sekarang? Seolah tiada yang salah atau betul dalam menggunakan solekan.

A: Tidak ada satu cara yang betul mengenakan solek. Cari apa yang berfungsi untuk kamu. Apa yang berfungsi untuk orang lain mungkin tidak untuk kamu. Jika kamu rasa keliru dengan semua tutorial di internet, mulakan dengan tutorial daripada orang yang mempunyai ciri yang sama, nada kulit, atau jenis kulit dengan kamu. Kamu akan peroleh tip yang mudah untuk kamu cuba pada wajah sendiri.  

C: Why do you think customers love ABH so much? Is it the formulations? The colors? Or how they feel when they use the products? 

A: I believe a testament to our success is that, yes, we are in the business of beauty. But what makes you feel beautiful is something that can also make you feel powerful, and the community we’ve created realizes that. Mereka tahu komitmen kami adalah untuk perjalanan peribadi mereka, dan komitmen kami adalah untuk kualiti. Kami tidak pernah melancarkan apa-apa yang kami sendiri tak uji dan yang kami sendiri benar-benar cintai. Kalau ia sesuatu yang kami takkan pakai setiap hari atau cadangkan pada teman-teman rapat, ia takkan keluar.

C: Adakah ABH akan bekerjasama dengan lebih ramai influencers di masa hadapan seperti kolaborasi dengan Amrezy baru-baru ini? Mungkin dari negara lain?

A: Kami sentiasa terbuka untuk kolaborasi baru, dan saya fikir ia adalah satu peluang yang luar biasa untuk memastikan masyarakat yang berbeza merasa diwakili dalam kecantikan. Kami suka mempamerkan kepelbagaian, itulah sebabnya di Instagram kami, kami berkongsi karya artis dari seluruh dunia.

C: Dan bagaimanakah proses ini berfungsi dalam menghasilkan koleksi atau produk dengan personaliti terkenal? Berapa banyak input daripada mereka? Berapa lamakah masa untuk mencapai persetujuan, warna yang dipilih dan lain-lain?

A: Mencipta produk baru adalah proses yang panjang, dan kerjasama mengambil masa sekurang-kurangnya setahun. Sudah tentu, setiap kolaborator banyak memberi input dan bekerja rapat dengan Norvina untuk melaksanakan visi mereka, dan dia biasanya memberikan kepakarannya sendiri mengenai formula,pilihan warna, dan intuisi tentang apa yang diinginkan oleh komuniti.  

C: Siapa yang kamu fikir adalah pesaing terbesar ABH dan bagaimana kamu membezakan jenama ABH dari mereka?

A: Saya cuba untuk tidak menghabiskan banyak masa membimbangkan tentang apa yang dilakukan oleh jenama lain. Saya lebih suka tetap fokus pada kerja saya sendiri. Ia penting sebagai perniagaan untuk tidak terlalu membandingkan dengan yang lain. Ia melambatkan kamu.

Of course, we don’t exist in a vacuum, but stay focused. Over the decades and through the debut and evolution of generations of products, ABH customers can always expect innovation, and a commitment to quality. They are the pillars to which we’ve always remained committed. Above all, we are consistent. 

C: Orang ramai kini mengambil berat mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam produk yang mereka gunakan dan banyak jenama kecantikan mula menghasilkan produk hijau, mesra alam, semula jadi, vegan dengan mengubah atau memperkenalkan pilihan ini kepada para pelanggan. Bolehkah kami mengharapkan yang sama daripada ABH?

A: Saya fikir ia sesuatu yang hebat ini menjadi kebimbangan kepada pengguna. Mereka benar-benar mempertimbangkan pembelian mereka, sebab itu ABH komited terhadap semua produk kami yang bebas kezaliman.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru