Cosmopolitan Malaysia Mac / April 2020 - Paris Hilton
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmopolitan Malaysia Mac/April 2020 – Paris Hilton

Semakin meningkat usia, semakin kita sedar kerjaya yang menggembirakan hati (dan poket) adalah segala-galanya. Jika tidak ‘cantik’ di hati, pasti ‘cantik’ dalam poket, kan? We can’t have both. 

Jika ada, tahniah! Kamu antara yang bertuah, termasuk empat personaliti yang berjaya kami kumpulkan untuk mewarnai edisi Wang & Kerjaya ini. Berkisar tentang lompatan kerjaya, mereka bercerita tentang pengalaman memilih pekerjaan terkini berdasarkan minat yang boleh kamu jadikan inspirasi.

Memang seronok jika hobi bertukar kerjaya, seperti coverstar bulan ini. Paris kini boleh berbangga memperkenalkan diri tanpa perlu menggunakan nama keluarga, Hilton. Memperoleh kebahagiaan dengan cara menggembirakan peminat dan melancarkan produk kecantikan, dia mengaut keuntungan berlipat kali ganda! Cosmo risik siapa mentor yang menjadi idolanya dan apakah yang terbaru mengenai dirinya. You’re welcome.

Grab your copy now!

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker