Cosmopolitan Malaysia Januari 2020 - Ain Edruce
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan Malaysia Januari 2020 - Ain Edruce

Cosmopolitan Malaysia Januari/Februari 2020 – Ain Edruce

Selamat Tahun Baru! New year, new you? Begitu juga Cosmopolitan!
Cosmopolitan Malaysia Januari 2020 - Ain Edruce

Keluaran kali ini adalah yang pertama dalam sejarah majalah Cosmopolitan Malaysia, menggabungkan dua bulan dalam satu naskah – Januari dan Februari. Namun sudah tentu tak kurang hebatnya, malah kami janjikan sesuatu yang lebih hebat dan terkini buat tatapan kamu dalam setiap edisi!

Bercakap mengenai sesuatu yang terkini…nampaknya influencers dan KOLs sudah tak ada bezanya. Masing-masing berpegang kepada motif mahu cantik, mahu OOTD #ons, mahu dapat banyak job, namun kebanyakan mereka tampak sama saja. Jadi kami kupas isu ini di halaman Cosmo Investigates. Tapi sudah tentu yang satu ini terkecuali… Siapa lagi kalau bukan our covergirl, Ain Edruce!

Gadis tinggi lampai dan lantang ini bermula sebagai influencer, hos dan sering mewakili jenama-jenama hebat untuk kempen ini kini sudah ada brand sendiri, sudah berjaya mencapai kejayaan dalam bidang seni dan benar, namanya sering disebut-sebut. Terkini, dia baru bergelar isteri. Tahniah! Baca cerita menarik mengenainya dalam The Cosmo Interview. Grab your copy now.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker