Cosmopolitan Malaysia Disember - Zoey Deutch
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan Malaysia Disember - Zoey Deutch

Cosmopolitan Malaysia Disember – Zoey Deutch

Self love is all you need!
Cosmopolitan Malaysia Disember - Zoey Deutch

Betul, tapi Tuhan ciptakan kamu berpasangan. Sebanyak mana kamu mahu luangkan masa sendirian, pasti tercuit rasa ingin dimanjakan, betul tak? Bulan ini kami mahu pupuk rasa sayang terhadap pasangan. Jika ada masalah dalam perhubungan, kamu boleh rujuk nasihat Cosmo di halaman Love Therapy. Mahu ‘jinakkan’ suami yang berat tulang dan cipta kesaksamaan dalam rumah tangga? Cosmo Investigates ada jawapannya. Jika mahu eratkan hubungan cinta atau hangatkan sesi di ranjang, terus ke ruangan Love & Men – kami bentangkan hanya yang ‘panas’ dan terbaik untuk kamu dalam edisi ini.

Sebagai penutup tirai 2019, kami tampilkan Zoey Deutch sebagai penghias muka depan. Ternyata dia adalah bintang paling rare tahun 2019: Kamu telah melihat anak kepada pelakon Back To The Future, Lea Thompson ini selama sedekad di dalam industri tanpa mengetahui banyak perkara (atau apa-apa pun) mengenai dirinya. Banyak yang kami berjaya cungkil untuk tatapan kamu, jadi jangan terlepas membacanya di halaman The Cosmo Interview. Get your copy now!

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker