Cosmopolitan Editor's Beauty Picks 2019: Perawatan Facial Antipenuaan Terbaik - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmopolitan Editor’s Beauty Picks 2019: Perawatan Facial Antipenuaan Terbaik

Perawatan Facial Antipenuaan Terbaik – ASTERSPRING ULTIMATE LIFT THERAPY


Perawatan Facial Antipenuaan Terbaik – AsterSpring Ultimate Lift Therapy, (normal outlet RM528, signature outlet RM568)

Kamu mahukan bentuk wajah yang anjal, tidak mengendur, tajam dan kelihatan muda? Kamu perlu Ultimate Lift Therapy yang bukan sahaja memberi kesan segera selepas satu sesi tetapi juga antara facial yang paling menenangkan pernah kami cuba! Selalunya rawatan facial V-shape datang dengan urutan dan picitan yang agak menyakitkan tetapi tidak ini. Daripada sentuhan pertama kamu mungkin sudah dibuai lena! Facial ini turut menggunakan mesin ultrasound LDM dari Jerman yang digandingkan dengan urutan signature AsterSpring untuk penyerapan serum yang mantap. Oh lembutnya wajah dibelai-belai dan diurut-urut, jika boleh tak mahu berhenti! Untuk memastikan efek kontur wajah yang terangkat itu bertahan, Ultra Face Lift Mask membantu meningkatkan memori penganjalan wajah tadi dengan ekstrak semula jadi yang kaya antioksidan. Facial dilengkapkan dengan serum, pelembap serta perlindungan matahari Dermalogica dan kamu pulang dengan bentuk wajah yang lebih V, tajam, anjal dan berseri-seri! Hanya 78 minit … Tetapi kalau boleh, Cosmo mahu lebih lama!

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru