Cosmopolitan & CLEO Now That's What I Call Beauty 2020: Serum Penganjalan & Anti-Kedutan Pilihan Editor - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmopolitan & CLEO Now That’s What I Call Beauty 2020: Serum Penganjalan & Anti-Kedutan Pilihan Editor

Gaya hidup serta persekitaran menyumbang 50% kepada tanda-tanda penuaan pada kulit yang boleh dilihat dengan jelas dan dengan fakta ini, kita semua perlukan serum antipenuaan ini!

Exposome iaitu gabungan gaya hidup serta persekitaran termasuklah kelakuan kita, cuaca, pendedahan kepada UV, pencemaran, tidur, diet serta tekanan dan jika keterlaluan akan menyebabkan penuaan kulit pramatang, hilang keanjalan dan keserian. Kerana itulah Phyto-Nature Firming Serum, serum dua fasa yang menggabungkan bahan botani yang sangat aktif dengan teknologi biomimetic menjadi pilihan kami untuk membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan membangkitkan semula penampilan kulit yang lebih muda.

Bagaimana Ia Bertindak?

Serum dwi-fasa inovatif ini menggabungkan fasa penganjalan dengan peptida biomimetik yang terikat oleh Sapphire, untuk membantu menganjalkan kulit dan menguatkan pertahanan kulit terhadap exposome. Sapphire membantu melindungi peptida dan meningkatkan ketersediaan bio sementara berfungsi untuk meniru kualiti semula jadi kulit yang merosot akibat penuaan yang didorong oleh exposome.

Serum ini juga mempunyai fasa pengangkatan yang dikuasakan oleh teknologi berasaskan tumbuhan moden dan ramuan botani zaman dahulu seperti Camu Camu Amazon yang mempunyai 60 kali lebih banyak Vitamin C daripada buah oren, Ekstrak Rockrose Morocco untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit, dan Asid Kafeik dari Madagascar Green Coffee Bean untuk menghidupkan semula kulit dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.

Bolehkah kamu bayangkan kulit muda lima tahun? Itulah hasilnya bila kamu gunakan serum penyelamat kulit ini dengan tetap. Hanya satu hingga dua pam, pagi dan malam pada seluruh wajah (jangan lupa leher!), garis halus dan kedutan berkurangan selepas sebulan, wajah nampak lebih berseri dan muda!

Bagaimana pula dengan mata?

Memandangkan kulit pada bahagian mata adalah yang paling nipis, ia juga bahagian yang paling cepat untuk menampakkan tanda-tanda penuaan. Lagipun ramai antara kita yang tidur tak cukup waktu makanya bayangan gelap dan sembap mata agak sukar untuk dirawat!

Perawatan Mata Pilihan Editor: Dermalogica BioLumin-C Eye Serum (15ml), RM338

Dermalogica BioLumin-C adalah serum mata terbaru daripada jenama ini yang menawarkan kuasa penganjalan serta pencerahan dalam formula ringan untuk membantu menguatkan kulit bahagian mata yang halus. Selain kompleks Vitamin C yang merupakan komponen utama dalam serum ini, bahan-bahan seperti Arjun Tree Extract, Micro-Algae Extract, Tremella Mushroom, Salvia Hispanica (Chia Seed) Oil dan Poria Mushroom telah ditambah untuk membantu mencerahkan, menganjalkan dan melembapkan kulit bahagian mata.

Hanya dengan sekali pemakaian kamu sudah boleh nampak kesan pencerahannya!

Dapatkan produk-produk hebat ini di pusat kecantikan Dermalogica seluruh negara oleh Esthetics International Group Berhad.
Instagram :  https://www.instagram.com/dermalogica_my
Facebook : https://www.facebook.com/dermalogica.malaysia/
URL : www.dermalogica.com.my

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru