Cosmopolitan & CLEO Now That's What I Call Beauty 2020: Serum Pencerahan Terbaik - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmopolitan & CLEO Now That’s What I Call Beauty 2020: Serum Pencerahan Terbaik

Wajahmu bakal tampil jernih bercahaya dengan serum pilihan kami ini.

Wajah kamu terganggu oleh bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi? Walaupun dengan gaya hidup sihat secara konsisten (tidur dan minum H2O mencukupi) serta berpegang pada rutin berbilang langkah dengan pupur pencerahan dan retinol dapat membantu kamu mencapai kulit berseri, namun terlalu banyak langkah ada kalanya membebankan, malah ada kemungkinan kamu bosan untuk kekalkannya.

Tidak perlu lagi berbelas langkah rutin kecantikan, kamu hanya perlu serum pencerahan ini. Dari meratakan ton kulit dan menghilangkan bintik-bintik gelap hingga membantu mencegah kerosakan di masa depan, Sisley Pure Bright Activating Serum menawarkan molekul yang lebih kecil yang menembusi jauh lebih dalam kulit, dengan kepekatan bahan aktif yang tinggi untuk melindungi daripada serangan luaran seperti UV, tekanan, serta pencemaran.

Kemewahan & Keberkesanannya

Dua pam setiap hari pagi serta malam, tekstur berkrim dan segar yang menyaluti kulit dengan lembut ini mampu menyerlahkan kejernihan kulit, sekatakan ton serta mengurangkan bintik gelap. Gabungan duo bahan aktif berkuasa: Vitamin E serta Alpha Bisabolol bertindak ke atas tekanan oksida yang boleh membentuk hiperpigmentasi. Duo ini melindungi melanosit daripada tekanan mikro persekitaran agar tidak menghasilkan melanin berlebihan.

Selain daripada ekstrak Myrobolan Mesir yang membantu pencerahan, terdapat juga bahan aktif seperti ekstrak peptida kacang pis, heksylresorcinol, ekstrak thyme liar dan Vitamin B3. Agen ini bertindak pada setiap empat peringkat pengeluaran melanin (dari pematangan melanosom hingga pemindahan melanin) yang bertanggungjawab untuk bintik-bintik gelap pada permukaan kulit.

Kembali Bercahaya

Tanpa mengira warna kulit, setiap wanita inginkan kulit yang terserlah keseriannya, bebas kekusaman serta kelihatan segar bermaya. Kami temuinya dengan Sisley Phyto Blanc Le Concentre. Kamu juga boleh kembalikan cahaya pada kulitmu.

Dapatkan produk Sisley di: Sisley Suria KLCC, Isetan KLCC, Robinsons The Gardens, Parkson 1 Utama, Parkson Pavillion, Parkson Gurney Plaza Penang, Sogo Mid Valley Southkey Johor Bahru.
Layari laman web di https://www.sisley-paris.com/en-MY/
Bagi sebarang pertanyaan tentang kecantikan atau pembelian, kamu boleh hantar mesej di laman Facebook @SisleyParisMalaysia

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru