Cosmopolitan & CLEO Now That’s What I Call Beauty 2020: Penjagaan Kulit Vegan Terbaik Pilihan Editor - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmopolitan & CLEO Now That’s What I Call Beauty 2020: Penjagaan Kulit Vegan Terbaik Pilihan Editor

Memanfaatkan bahan dari biodiversiti Brazil serta Amazon, jenama yang usianya jauh lebih matang daripada kamu dan kami ini menawarkan produk yang keberkesanannya sukar disangkal!

Mungkin baru di sini tetapi Natura sudah berusia lebih 50 tahun. Itu tandanya produk Natura amat berkesan dan dipercayai hingga kini dan kami telah sebulat suara memilih Natura Chronos Aqua Auto-Replenish Gel Hydrator sebagai penjagaan kulit vegan yang menakjubkan.

Kunci keberkesanannya

Natura Chronos Aqua Auto-Replenish Hydrator Gel menggalakkan penghidratan segera yang merangsang kulit untuk menghidrat secara bijak – bermakna ia boleh memperbaiki tahap penghidratan mengikut keperluan setiap bahagian wajah. Oleh kerana ramuan ini dirumus dengan ekstrak fevillea, asid hialuronik dan prebiotik, yakinlah bahawa kulit akan menyerap semua nutrien yang diperlukan untuk kekal lembap dan dipelihara. Malah Natura Chronos Aqua Auto-Replenish Gel Hydrator boleh memberikan lima kali penghidratan sehingga 24 jam. Asid Hyaluronic-BT dengan serta-merta meningkatkan penghidratan hidrasi dan menaikkan paras air kulit hingga 84% pada aplikasi pertama.

Natura Chronos Aqua Auto-Replenish Gel Hydrator, RM140

Selain meningkatkan tahap air jauh di dalam lapisan kulit, gel lembapan ini menjaga keseimbangan mikrobiome kulit, menguatkan penghalang kulit dan tahap penghidratan yang lebih tinggi. Ini juga mengatur kadar air di kulit yang berkurang oleh dehidrasi dan kekeringan, memastikan kulit sentiasa lembap.

Gel lembapan yang sesuai untuk semua jenis kulit ini juga menyokong sehingga 100 kali aplikasi. Dibungkus dengan kaedah yang mesra alam, ia adalah vegan sepenuhnya serta bebas kekejaman. Bila habis dipakai, simpan bekasnya dan beli isian semula pada harga RM119. Kamu bukan sahaja menyelamatkan kulit tetapi sekali gus planet kita!

Kenali Natura dengan lebih dekat di https://naturamy.com
Instagram @naturamy.official

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor