Cosmopolitan & CLEO Now That's What I Call Beauty 2020: Micellar Water Terbaik - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmopolitan & CLEO Now That’s What I Call Beauty 2020: Micellar Water Terbaik

Setiap yang memakai solekan pasti tahu, penting untuk kita bersihkannya dengan sempurna dan micellar water ini mampu tanggalkan solekan dan bersihkan kulit sepenuhnya!

Bagaimana ia berfungsi?

Dirumus dengan 100% bahan aktif semula jadi, Safi Micellar Natural Cleansing Water adalah pilihan terbaik semua-dalam-satu untuk membersihkan solekan dengan sempurna tanpa menyebabkan kerengsaan, malah ia menyihatkan dan melegakan kulit. Cukup lembut untuk bahagian mata, ia diuji oleh dermatologi dan terbukti secara saintifik tidak akan memedihkan mata.

Safi Micellar Natural Cleansing Water ini juga mengandungi natrium PCA dan gliserin yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering kerana ia adalah sebahagian daripada faktor pelembap semula jadi (NMF). Pada asasnya, gliserin meningkatkan kandungan air lapisan atas kulit dengan menarik kelembapan dari udara di sekitarnya, yang seterusnya membantu mengekalkan epidermis yang sihat. Selain itu, produk ini bebas SLES/SLS, minyak mineral, pewarna, alkohol, paraben dan propylene glycol membuatkan ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Safi Micellar Natural Cleansing Water in Rose, RM9.90 (100ml); RM17.25 (200ml)

Tak perlu risaulah jika kamu tak ada air untuk bersihkan wajah kerana Safi Micellar Natural Cleansing Water tak perlu dibilas dengan air pun! Micelles (molekul minyak halus) menarik dan menanggalkan kotoran seperti peluh, minyak, habuk, serta solekan daripada permukaan kulit. Gunakan dengan kepingan kapas, kulit terasa bersih dan segar.

Terdapat empat varian semuanya termasuk Rose dan setiap satu menawarkan manfaat berbeza berdasarkan jenis dan kebimbangan kulit masing-masing. Rose membantu mengetatkan liang-liang pori dan sesuai untuk kulit normal serta kombinasi. Cucumber untuk membersihkan dan melegakan kulit, sesuai untuk kulit halus dan normal. Neem paling baik untuk kamu yang mempunyai kulit berminyak dan mudah berjerawat. Yuzu pula membantu mencerahkan dan menyerikan kulit yang kelihatan kusam.

Dengan micellar water serta kapas kamu boleh bersihkan kulit di mana-mana.

Tidak perlu air, tidak perlu dibilas, hanya oleskan dengan kapas pada seluruh wajah, dan siap! Sangat praktikal untuk dibawa bersama ke mana sahaja. Mudah, kan?

Safi Micellar Natural Cleansing Water boleh didapatkan di pasar raya serta farmasi-farmasi utama seluruh negara.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru