Cosmopolitan & CLEO Now That's What I Call Beauty 2020: Gajet Facial Terbaik - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmopolitan & CLEO Now That’s What I Call Beauty 2020: Gajet Facial Terbaik

Upgrade rutin penjagaan kulit dengan berus pembersih muka daripada Mary Kay ini. Hebat membersihkan wajah sambil menyental, menggilap dan menyerlahkan lagi kulit, lebih handal daripada jari-jemarimu.

Bagaimana ia berfungsi?

Mary Kay Skinvigorate Sonic Skincare System berfungsi untuk membersihkan wajah dengan sempurna. Gerakan ke kiri dan kanan pada lebih 200 kali sesaat, memberi getaran dan pembersihan mendalam sambil menanggalkan kotoran yang menyumbat liang pori dengan lembut.

Terdapat tiga kawalan kelajuan yang boleh kamu pilih mengikut keselesaan. Tak perlu risau jika kamu tidak cukup membersih atau terlalu lama kerana ia sudah di set pada satu minit secara automatik untuk pembersihan yang konsisten dan lengkap.

Sebagai bonus tambahan, ia juga boleh digunakan untuk mengurut wajah dengan bahagian untuk urutan bersama serum Mary Kay. Direka dengan struktur yang mendakap wajah, Mary Kay SkinVigorate Sonic Facial Massage Head boleh memberikan lebih daripada 24,000 urutan mikro-berkuasa sonic pada wajah dan leher dalam setiap sesi satu minit.

Mary Kay Skinvigorate Sonic Skincare System, RM279; Mary Kay Skinvigorate Sonic Facial Massage Head, RM99

Mengapa kami sukakannya?

Sesuai untuk semua jenis kulit, Mary Kay SkinVigorate Sonic Skincare System mampu menanggalkan empat kali lebih banyak kotoran, minyak, solekan dan pencemar (bersama-sama dengan zarah pencemaran kecil yang dikenali sebagai PM2.5) berbanding menggunakan jari.

Bila digunakan untuk mengurut wajah pula, selepas satu minit kulit terasa lebih bermaya dan berseri. Penampilan garis halus dilembutkan dan kulit nampak berseri. Ini tidak menghairankan kerana urutan wajah boleh menggalakkan peredaran mikro yang membawa oksigen dan nutrien kepada kulit. Lebih-lebih lagi penggunaan harian boleh menyebabkan kulit kelihatan lebih sihat dan anjal.

Bagaimana nak guna?

Bila tiada kelapangan untuk mendapatkan rawatan dan urutan wajah, lakukan sendiri sahaja dengan SkinVigorate Sonic Skincare System.

Jadikan sebahagian rutin kecantikan kamu dengan menggunakan pembersih wajah bersama berus pembersihan yang dikawal dalam gerakan memusar. Tingkatkan rejimen kamu, gunakan serum pada seluruh wajah dan leher dan urut dengan facial massage head.

FYI, peranti boleh dicas semula ini sesuai untuk digunakan dua kali sehari untuk membersihkan wajah.

Hanya terdapat secara eksklusif melalui Mary Kay Independent Beauty Consultants.

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor