Cosmo Confessions (Bahagian 46) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 46)

Cosmo Confessions (Bahagian 46)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 46)

Foto: Depositphotos

Si Perasan

“Ketika mahu melintas jalan untuk ke kuliah, teman sekelas a.k.a crush pun ada di situ. Dia menghulurkan tangan untuk berjalan bersama dan saya tanpa teragak-agak terus menggenggam tangannya. Muka si dia berubah pelik, rupa-rupanya dia nak tolong bawakan beg saya saja! Sejak hari itu saya terus segan untuk bercakap dengannya.” – Amira, 22

Jadi Bahan Jenaka

“Satu hari, pensyarah mengajar sambil berjalan di sekeliling kelas dan bila tiba di meja saya, dia terus bertanya, ‘Kamu belum mandi lagi ke?’ Satu kelas ketawa! Mungkin muka saya nampak macam tak mandi kerana terlalu mengantuk waktu itu. Hmm, memalukan!”Nadia, 25

Kerenah Menantu Baru

“Saya ingat lagi waktu kali pertama bertandang ke rumah bakal mak mentua di hari raya, saya offer untuk sediakan minuman. Saya ambil jag, isi air panas untuk buat air gula. Tiba-tiba jag mencair kerana saya tak perasaan yang itu adalah jag plastik! Panik bukan kepalang, berkali-kali saya minta maaf. Tanpa tunggu lama saya terus ke bilik air dan menangis sebab takut sangat.” – Aira, 27

Lebih banyak pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor