Cosmo Confessions (Bahagian 45) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 45)

Cosmo Confessions (Bahagian 45)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 45)

Foto: Depositphotos

Alamak!

“Memang tragedi ini tak dapat dilupakan! Saya berkenalan dengan jejaka kacak di Tinder. Sudah lama menaruh perasaan terhadapnya, siapa sangka tuah menyebelahi saya. Malangnya, teman saya juga sedang angau bercinta dengan seorang lelaki di Tinder. Ketika bertukar foto jejaka masing-masing, barulah kami tahu bahawa kami berkongsi teman lelaki yang sama!” – Neddy, 26

Jejaka Perasan

“Bengang sangat bila mengenali jejaka yang terlalu yakin bahawa saya bakal menjadi kekasihnya. Saat keluar bersama, si dia mengambil telefon saya dan upload Instagram story menyatakan sesiapa yang ingin mengenali saya boleh terus bermimpi kerana dialah kekasih saya. Selepas itu, saya tak pernah hubungi dia lagi.” – Selena, 27

Pengakuan Selebriti

“Kejadian memalukan berlaku ketika saya sedang berlatih menari di belakang pentas untuk satu persembahan. Kasut tumit saya tiba-tiba terpelanting dek terlalu fokus dan terkena dahi salah seorang krew. Saya cuak dan terkejut! Nasib baik luka di dahinya tak teruk dan dia masih boleh tersenyum. Aduh malunya! Maaf ya…” – Ariana Grande, penyanyi

Lebih banyak pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor