Cosmo Confessions (Bahagian 44) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 44)

Cosmo Confessions (Bahagian 44)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto: Depositphotos

“Hi, Handsome…”

“Saya bawa kucing yang sakit ke klinik haiwan. Tak sangka pula dilayan oleh veterinar kacak, memang tak senang duduk dibuatnya. Niat di hati nak minta nombor telefon, tapi sebaik saja saya memekik seperti orang kena histeria bila kucing disuntik, air muka si dia berubah lain macam. Tak jadilah, mesti si dia ingat saya psiko.” – Seffila, 25

Tak Boleh Tahan!

“Dek kerana terlalu gugup ketika temu duga, saya tahan untuk ke tandas walaupun setiap pagi saya akan ‘membuang’. Sakitnya perut sampai mahu terkentut, makin ditahan, makin menjadi. Akhirnya terlepas juga dan bunyinya pula kuat hingga penemu duga tergelak besar. Merah padam muka saya menahan malu.” – Armie, 23

Si Penyamar

“Bila berkenalan dengan stranger, saya tak pernah guna nama sebenar. Ada saja nama samaran seperti Lily, Nita atau sebagainya. Hinggalah ketika saya sedang lepak dengan teman, ada jejaka mendekati dan memanggil saya Lola. Semua terpinga-pinga, jadi terpaksalah saya beritahu perkara sebenar.” – Ameera, 24

Lebih banyak pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor