Cosmo Confessions (Bahagian 43) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 43)

Cosmo Confessions (Bahagian 43)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 43)

Foto: Depositphotos

Salah Sapu

“Setiap pagi dalam keadaan mamai saya akan ke dapur dan minum air dengan sekeping roti sebelum ke tandas untuk ‘melabur’ dan gosok gigi. Memandangkan ia rutin, saya lakukannya seperti biasa – ambil kaya dalam peti ais dan sapu pada roti. Ketika menggigit, saya terasa pelik, mungkin kaya sudah tarikh luput. Bila buka mata besar-besar, baru perasan rupanya saya sapu asam jawa pada roti! Terus saya menjerit ‘Ibuuu…’, dan ibu hanya ketawa besar.” – Restina, 22

Oops!

“Tahun lalu saya ke pesta buku Big Bad Wolf bersama bapa. Setelah jumpa buku yang diingini, kami terus beratur untuk buat pembayan – bapa di depan, saya di belakang. Sambil menunggu giliran, saya membelek buku lain dan segera hulurkan buku tadi pada bapa bila sudah hampir ke kaunter. Peliknya, ia tidak disambut! Bila saya toleh ke depan, ada jejaka kacak menyambut buku saya sambil kekasihnya memberi pandangan sinis. Oops sorry, saya tak berniat nak kacau laki awak!” – Wanie, 28

Free Show

“Kejadian berlaku ketika dalam penerbangan dari Langkawi Ke Kuala Lumpur. Selepas sign tali pinggang boleh dibuka keluar, saya terus berlari ke tandas kerana perut memulas. Sebaik saja melabuhkan punggung, tiba-tiba saya ternampak tangan jejaka sedang menolak pintu tandas, terus saya menjerit sekuat hati. Rupa-rupanya saya tak kunci pintu dengan betul! Selepas melepaskan ‘hajat’, saya berjalan ke tempat duduk sambil menunduk. Sumpah, malu!” – Shalima, 24

Lebih banyak pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor