Cosmo Confessions (Bahagian 42) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 42)

Cosmo Confessions (Bahagian 42)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 42)

Foto: Depositphotos

Salah Kasut

“Saya selalu tinggalkan kasut tumit tinggi di bawah meja pejabat dan hanya mengenakan selipar. Tiba-tiba bos panggil dan meminta saya temaninya ke mesyuarat penting di pejabat klien. Tanpa berlengah, saya sarungkan sepatu, ambil tas tangan dan bawa fail penting. Ketika di dalam lif, ada beberapa orang memandang kaki saya sambil control ketawa. Pelik pula, lalu cepat-cepat saya lihat apa tak kena. OMG, kasut saya sebelah merah sebelah hitam!” – Millies, 28

Akibat Terpesona…

“Kelas kuliah saya terletak di aras satu. Ketika menunggu kuliah seterusnya, saya lepak di balkoni sambil melihat crush saya bermain ragbi di padang. Dek kerana terpesona, saya melompat untuk beri semangat ala cheerleader. Tiba-tiba telefon pintar terlucut dari tangan, terjatuh ke atas kepala pejalan kaki di bahagian bawah. ‘Woi, sakitlah!,’ pekik seorang senior. Cepat-cepat saya berlari ke bawah dan meminta maaf.” – Jiji, 21

Opocot!

“Ketika lepak di kedai Mamak, saya dan teman lelaki pergi ke tandas bersama, obviously tandas berbeza tapi bersebelahan. Tiba-tiba saya dengar ketukan, sangkaan saya mestilah si dia dan saya menjawab ‘woi, sabarlah’. Dalam hati terdetik, cepatnya dia buang air. Bila keluar saja dari tandas, saya nampak jejaka berbadan ‘sado’ sedang menunggu giliran dan rupanya si dia belum keluar lagi. Oops!” – Gia, 27

Lebih banyak pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor