Cosmo Confessions (Bahagian 41) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 41)

Cosmo Confessions (Bahagian 41)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 41)

Foto: Depositphotos

Pengakuan Selebriti

“Saya peminat setia sushi dan selalunya saya akan menikmatinya tanpa hiraukan riak wajah, janji perut kenyang. Satu hari seorang jejaka mengajak saya date di restoran Jepun. Seperti biasa saya makan satu roll sushi dalam mulut, tapi separuh isi terkeluar. Cepat-cepat saya masukkan baki makanan hingga mulut penuh membulat. Tanpa sedar, jejaka tersebut sedang memandang saya dengan pandangan jijik. Alahai…” – Ashley Benson, pelakon

Akibat Terlalu Teruja

“Setiap kali kemas baju untuk ke gim, saya akan ambil seluar dalam terlebih dahulu sebelum fikir tentang pakaian yang ingin dipakai. Hinggalah satu hari, saya teruja untuk menggayakan baju baru hingga terlupa ambil seluar dalam dan hanya tersedar ketika dalam perjalanan ke sana. Nasib baik teringat! Terpaksalah singgah di farmasi beli dispossable panties…” – Yuli, 26

Salah Orang

“Bulan lalu saya ke pesta buku Big Bad Wolf bersama bapa. Setelah jumpa buku yang diingini, kami terus beratur untuk buat pembayaran – bapa di depan, saya di belakang. Sambil menunggu giliran, saya membelek buku lain dan segera hulurkan buku tadi pada bapa bila sudah hampir ke kaunter. Peliknya, ia tidak disambut! Bila saya toleh ke depan, ada jejaka kacak menyambut buku saya sambil kekasihnya memberi pandangan sinis. Oops sorry, saya tak berniat nak kacau laki awak!” – Wanie, 28

Lebih banyak pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor