Cosmo Confessions (Bahagian 40) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmo Confessions (Bahagian 40)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto: Depositphotos

Kaki Rembat

“Akibat terbangun lambat, tanpa fikir panjang saya menahan mana-mana motor yang saya nampak di sekitar kolej. Sebaik tiba, saya beri wang kepada pelajar lelaki tadi kerana menumpangkan saya. Kelam-kabut dibuatnya hingga terlupa pulangkan topi keledar miliknya. ‘Kak, helmet pun nak ke?’, teriak lelaki itu. Alamak, merah padam muka saya menahan malu.” – Aryana, 20

Pekerja Contoh

“Saya diberi cuti sakit selama tiga hari kerana cirit-birit. Dek kerana terlalu lama sangat bercuti, anxiety pun datang memikirkan tugasan yang tak siap. Keesokan paginya, saya bersiap seperti biasa dan keluar rumah selepas Subuh. Sebaik tiba di pejabat, saya buat segala kerja hinggalah jam menunjukkan jam 9.30 pagi. Pelik, kenapa tak ada orang? Rasa ingin tahu menebal jadi saya bertanya kepada pengawal di lobi. ‘Hari ini kan cuti umum. Kenapa adik datang?’. Bergegas saya naik ke pejabat, ambil beg dan terus pulang.” – Fateen, 27

Pengakuan Selebriti

“Ketika di sekolah rendah, saya pernah jatuh hati dengan seorang budak lelaki. Kami kemudiannya menjadi rapat. Satu hari ketika sedang duduk berdua, dia bertanya, ‘Can I kiss you?’. Saya tersenyum simpul sambil mengangguk. Namun tiba-tiba saya rasa nak muntah lalu berlari ke tandas meninggalkannya. Bukan sebab geli, tapi saya benar-benar sakit ketika itu. Sorry! ” – Meghan Trainor, penyanyi

Foto: Instagram/Meghan Trainor

Lebih banyak pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor