Cosmo Confessions (Bahagian 39) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 39)

Cosmo Confessions (Bahagian 39)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 39)

Foto: Depositphotos

Popcorn Melayang

“Ada satu ketika saya dan teman lelaki terlambat masuk panggung wayang. Kebetulan tempat duduk kami di bahagian tengah, jadi terpaksalah kami lalu di hadapan penonton lain. Sewaktu melintas dalam keadaan gelap, tiba-tiba saya tersadung tas tangan seorang wanita. Bertaburan popcorn jatuh di lantai! Penonton di bahagian atas mula bising kerana kami menghalang skrin, kecoh satu panggung. Malu tak payah nak ceritalah…” – Suhaili, 19

Macam Nangka Busuk!

“Saya selesa menggayakan leggings ketika bersenam di gim. Saat berlari sakan di atas treadmill, tiba-tiba seorang teman menjerit, ‘Hey, leggings you berlubanglah!’. Tanpa sedar saya terus toleh ke belakang, lupa perlahankan kelajuan treadmill. Padahnya, saya tergolek dan teman sempat gelak terbahak-bahak sebelum bantu saya bangun. Tak patut!” – Amanda, 27

Salah Tekan

“Untuk memudahkan komunikasi antara jabatan, kami menggunakan Skype hampir setiap hari untuk berkongsi apa saja. Tapi selain itu, saya juga gunakan Skype untuk chat dengan teman-teman. Memandangkan saya baru saja putus dengan kekasih, saya berkongsi segala kesedihan di group. Setelah taip panjang lebar dan tekan butang enter, baru saya sedar yang saya terhantar ke group kerja di mana pengurus saya juga ada dalam group tersebut. Ouch!” – Ruhaini, 27

Lebih banyak pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor