Cosmo Confessions (Bahagian 38) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 38)

Cosmo Confessions (Bahagian 38)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto: Depositphotos

Tayangan Percuma

“Ketika berjemur di tepi pantai di luar negara, saya meniarap dan buka ikatan bikini top untuk dapatkan kulit tan. Hembusan angin cukup asyik dan mendamaikan hingga saya terlena! Bila terjaga dek panas terik, saya dapati saya sedang terlentang dan bikini top sudah hilang entah ke mana. Oh, malunya!” – Corrine, 26

Salah Group

“Untuk memudahkan komunikasi antara jabatan, kami menggunakan Skype hampir setiap hari untuk berkongsi apa saja. Tapi selain itu, saya juga gunakan Skype untuk chat dengan teman-teman. Memandangkan saya baru saja putus dengan kekasih, saya berkongsi segala kesedihan di group. Setelah taip panjang lebar dan tekan butang enter, baru saya sedar yang saya terhantar ke group kerja di mana pengurus saya juga ada dalam group tersebut. Ouch!” – Ruhaini, 27

Gopoh Punya Pasal

“Saya tahan untuk buang air kecil dari rumah hinggalah ke gim. Sebaik tiba di gim, dengan tergopoh-gapah saya terus masuk tandas. Alangkah terkejutnya saya bila ternampak seorang jejaka dalam seluar dalam saja! Cepat-cepat saya keluar, tak sempat pun nak selesaikan ‘urusan’. Berpinar mata dibuatnya sebab ternampak benda yang tak sepatutnya.” – Sofia, 22

Lebih banyak pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor