Cosmo Confessions (Bahagian 37) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmo Confessions (Bahagian 37)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 37)

Foto: Depositphotos

Free Show

“Biasanya saya dan suami tidur dengan pakaian selepas ‘bersama’. Tapi entah bagaimana pada satu malam, kami terlalu penat hingga terlelap tanpa seurat benang. Keesokkan paginya, adik saya masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu. Nasib baik saya sempat tarik selimut walaupun separuh badan saja yang berjaya ditutup. Malunya kerana terlupa kunci pintu!” – Cheryl, 28

Gemuruh Punya Pasal

“Bulan lalu, keluarga teman lelaki mengajak saya bercuti bersama ke Bali. Tanpa fikir panjang dan bertanya lebih lanjut, saya terus bersetuju. Dalam fikiran saya tentulah mereka mahu kunjungi tempat-tempat pelancongan menarik. Namun pada hari pertama, mereka sudah pun melakukan aktiviti lasak iaitu bungee jumping! Saya sebenarnya takut pada ketinggian tapi tak nak tunjuk, jadi saya tampilkan watak fearless woman (pada awalnya!). Tapi bila sampai waktu untuk terjun, saya tak dapat tahan diri dan mula menangis sambil meronta di platform seperti budak kecil. Malunya! Bukan saja keluarga si dia, pengunjung-pengunjung di situ juga turut tertawakan saya.” – Amanda, 23

Kempunan!

“Ketika bercuti ke Phu Quoc bersama suami, kami memilih untuk makan di sebuah restoran tepi pantai. Kami menunggang motosikal dan gunakan Waze untuk ke sana namun peliknya, yang ada di situ hanyalah ladang getah. Kami redah juga kerana kempunan makanan laut segar, namun selepas setengah jam, saya mula panik dan menangis di bahu suami. Tambah malang, kami tak boleh bertanya jalan dengan penduduk tempatan kerana mereka tak faham bahasa Inggeris. Suami cuba tenangkan saya, namun saya tahu dia juga takut perkara tak diingini berlaku. Saya berkeras mahu berpatah balik dan akhirnya kami pulang dan singgah makan di kedai dalam bandar saja. Agak kecewa namun nasib baiklah hidangan yang kami pesan sedap!” – Nana, 30

Lebih banyak pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor