Cosmo Confessions (Bahagian 36) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 36)

Cosmo Confessions (Bahagian 36)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 36)

Foto: Depositphotos

Aduhai, Nasib!

“Weekend lalu saya habiskan masa melepak dengan teman-teman di sebuah kafe. Ketika leka bersembang, jejaka di sebelah tanpa sengaja menumpahkan air pada blaus saya. Berkali-kali dia minta maaf. Saya okey saja sebab ada blaus ekstra di dalam kereta, jadi saya pun terus tukar pakaian. Baru saja nak labuhkan punggung kembali di kerusi, pelayan tergelincir di tepi saya. Guess what?! Saya basah kali kedua! Oh, totally failed.” – Sheena, 23

Secret Admirer

“Saya menyimpan gambar crush (satu pejabat) dalam telefon pintar. Ketika pot luck di syarikat kami, saya beranikan diri buka langkah dan bercerita padanya tentang kucing yang baru dibela. Si dia khusyuk scroll gambar kucing di telefon pintar saya, hinggalah si dia ternampak wajahnya di dalam Gallery! Uh-oh, rasa panas wajah saya. Cepat-cepat saya rampas telefon dan berlalu. Sejak itu, saya tak mampu menatap wajahnya lagi.” – Azreen, 27

Pengakuan Jejaka

“Saya dan isteri baru selesai menonton filem seram di pawagam. Setibanya di rumah, saya mahu mandi tapi scene cerita hantu tadi masih segar di ingatan. Walaupun takut, saya beranikan diri kerana tak selesa pula nak tidur dengan wajah berpeluh. Setiap saat saya menoleh ke arah cermin, takut ada yang memerhati. Selesai mandi, saya terus buka pintu bilik air namun terkejut melihat isteri berdiri dengan selimut menutupi seluruh badan. Tanpa sengaja saya terbaling tuala sambil melatah. Isteri hanya gelak terbahak-bahak melihat saya telanjang bulat!” – Malek, 32

Lebih banyak lagi pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor