Cosmo Confessions (Bahagian 35) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 35)

Cosmo Confessions (Bahagian 35)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 35)

Foto: Depositphotos

Tersembur Pula!

“Saya keluar dengan jejaka yang baru dikenali menerusi Tinder untuk sesi makan malam. Sampai saja di restoran, kami terus pesan makanan. Tak lama selepas itu, pesanan kami tiba. Saya pun menyuap makanan dengan lembut, kononnya mahu menggoda si dia. Tanpa disangka, saya tersedak dan tersembur makanan ke atas meja. Wajahnya bertukar merah padam!” – Illanie, 21

Klon Pengantin

“Saya diminta kekasih menjadi plus-one ketika majlis sanding kecil-kecilan kakaknya. Saya menyarung baju nikah ibu yang ringkas. Sebaik tiba di majlis, rekaan baju yang saya pakai seakan sama dengan baju kakak kekasih iaitu kurung Pahang. Aduh! Saya tak mahu overshadow pengantin jadi saya sedaya upaya ‘bersembunyi’ sepanjang acara nikah tersebut.” – Maya, 25

Tipu Sunat

“Ada jejaka ajak berkenalan, saya bersetuju untuk blind date sebaik mengetahui wajahnya kacak bak Christiano Ronaldo dan dia gemar berkongsi tentang pasukan bola sepak. Dek kerana terpukau dengan kekacakannya, saya juga mengaku minat kelab tersebut walhal tak tahu apa-apa. Saya fikir strategi itu menjadi hinggalah saya beri fakta yang salah tentang kelab bola sepak tersebut. Si dia terdiam dan bertanya, ‘you tak tahu pasal bola sepak, kan?’ Merah muka saya menahan malu.” – Jessica, 26

Lebih banyak lagi pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor