Cosmo Confessions (Bahagian 34) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 34)

Cosmo Confessions (Bahagian 34)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 34)

Foto: Depositphotos

Tak Pasal-pasal

“Ketika di awal perkahwinan, saya dan suami terpaksa menjalani hubungan jarak jauh. Setiap malam kami Skype untuk meluah rasa rindu. Satu malam ketika sedang ‘menggoda’ suami dalam lingerie seksi dengan memfokus webcam pada bahagia dada, tanpa sengaja saya tertekan butang yang tertera nama bekas kekasih. Oh, no! Cepat-cepat saya lari. Keesokan hari saya terus block bekas kekasih kerana malu.” – Lucy, 28

Oh, Malunya

“Saya sudah lama pendam perasaan pada seorang jejaka di tempat kerja. Tapi, saya jenis pemalu dan akan alihkan wajah bila bertentang mata dengannya. Satu hari, sedang menuruni anak tangga, dia menegur saya dan kerana terlalu terkejut saya jatuh terlungkup betul-betul di depannya. Cepat-cepat saya bangun dan berlari ke tandas.” – Syazwani, 24

Tak Dikenali

“Ketika makan malam dengan kekasih baru, saya ternampak public figure yang pernah saya temu bual. Kerana ingin buat si dia tahu yang kerjaya saya ini menyeronokkan, saya pun menyapa public figure tersebut. Malangnya, dia terlupa nama saya dan terpinga-pinga. Saya ditertawakan kekasih dan insiden itu menjadi bahan jenaka selama sebulan.” – Yasmin, 27

Lebih banyak lagi pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor