Cosmo Confessions (Bahagian 33) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 33)

Cosmo Confessions (Bahagian 33)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 33)

Foto: Depositphotos

Free Show

“Teman sekuliah berjanji untuk ke kelas bersama-sama dan mahu datang ke bilik hostel saya terlebih dahulu. Ketika bersiap, saya dengar ketukan di pintu dan waktu itu saya hanya berkemban dalam tuala. Setelah pintu dibuka, bukan teman kuliah yang datang tapi rupanya penghantar baju dobi! Aduhai malunya bila dia nampak saya separuh bogel.” – Nia, 21

Oops, Kantoi!

“Ketika keluar brunch dengan bapa saya, ada jejaka kacak duduk di sebelah kami. Tanpa lepaskan peluang, kami bermain mata. Bila bapa saya ke tandas, saya cepat-cepat buka langkah dengan berbual dengannya dan berharap dia minta nombor telefon saya. Malangnya, ia tak kesampaian kerana tiba-tiba kekasihnya muncul.” – Michelle, 23

Gemuruh Punya Pasal

“Sewaktu mesyuarat bersama klien yang bakal menaja acara syarikat, saya ditugaskan untuk berkongsi kelebihan yang bakal mereka terima jika berkolaborasi bersama. Saat sedang bentangkan idea, tiba-tiba klien ketawa terbahak-bahak. Saya bertanya, ‘kenapa?’. Rupanya-rupanya saya bukan bentangkan apa yang sepatutnya, sebaliknya terma dan syarat tentang acara tersebut disebabkan terlalu gemuruh. Malunya!” – Feby, 28

Lebih banyak lagi pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor