Cosmo Confessions (Bahagian 32) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 32)

Cosmo Confessions (Bahagian 32)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto: Depositphotos

Dress Murah

“Ini antara rahsia terbesar yang saya simpan selama ini! Ketika outing with the girls, saya berkenan dengan sehelai dress berharga RM188. Sayangnya, saya cuma ada RM120 ketika itu. Memandangkan butik itu sedang mengadakan jualan murah secara besar-besaran dan semua pekerja sibuk, dalam diam saya menukar tag harga daripada RM188 ke RM105. Fuhhhh…selamat duit.” – Sherry, 27

Banyak Tanya

“Saya berkenalan dengan jejaka yang bekerja di bahagian sumber manusia menerusi seorang teman dan ketika first date, dia bertanya soalan bertubi-tubi seakan-akan saya sedang ditemu duga untuk jawatan di syarikat dia bekerja. Semenjak hari itu, saya block nombornya supaya dia tidak lagi dapat menghubungi saya. Annoying!” – Azza, 28

Salah Sangka

“Saya memuat naik gambar dengan bos lelaki ketika sambutan Tahun Baru Cina di Instagram. Keesokan harinya, saya lihat kakak saya menjawab komen dengan niat mahu berjenaka tapi tak sedap mata membaca, ‘Yes, he is my sister’s boyfriend!’ Cepat-cepat saya mesej bos dan meminta maaf. Nasib baik saya tak diserang isterinya! Phew…” – Sheilla, 29

Lebih banyak lagi pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor