Cosmo Confessions (Bahagian 31) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 31)

Cosmo Confessions (Bahagian 31)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 31)

Foto: Depositphotos

Salah Lokasi

“Satu hari, saya mengayakan gaun pendek serta kasut tumit lima inci untuk sesi fotografi di kawasan pinggiran hutan. Penggambaran berjalan lancar hinggalah muncul sepasukan polis menyatakan ia adalah kawasan larangan disebabkan kes pembunuhan yang baru saja berlaku minggu lalu. Dek kerana terlalu takut, saya lari lintang-pukang hingga tersembam dan wajah saya yang disolek tebal ‘tercium’ tanah yang basah dan kotor. Aduh, malangnya nasib.” – Anne, 24

Pengakuan Jejaka:

“Setelah menghadiri pesta bujang semalaman, saya keluar dari bilik hotel jam tujuh pagi. Sebaik tiba di lobi, rasa ingin buang air besar datang kerana ia adalah aktiviti ‘wajib’ saya setiap pagi. Dalam keadaan mengantuk saya berlari menuju ke tandas. Setelah selesai, saya keluar dan ternampak bayang nenek berdiri sambil mencekak pinggang. Alamak, saya tersalah masuk tandas perempuan! Cepat-cepat saya lari keluar…” – Daniel, 29

Pengakuan Selebriti:

“Wanita pertama yang saya cium adalah Miley Cyrus di luar California Pizza Kitchen di Hollywood. Sangat romantis tapi yang tak menariknya, saya makan piza dengan topping bawang. Saya yakin nafas saya berbau dahsyat.” – Nick Jonas, Selebriti

Lebih banyak lagi pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor