Cosmo Confessions (Bahagian 30) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 30)

Cosmo Confessions (Bahagian 30)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 30)

Foto: Depositphotos

Kuat Berangan

“Saya suka sarungkan fake engagement ring siap dengan batu permata besar. Mesti ramai tertanya apa motif saya, kan? Supaya dapat makanan atau minuman percuma di kelab kononnya sedang meraikan parti bujang! Shhh…jangan beritahu orang lain okey?” – Honey, 24

Salah Facebook!

“Pernah sekali saya terima mesej daripada bekas kekasih menerusi Faceboook, celebrating our ‘friendversary’. Pelik kerana sudah lama kami tak bertegur sapa. Saya pun membalas mesej tersebut kerana tak mahu digelar ‘poyo’, namun si dia membalas, ‘I had no idea what you’re talking about. I tak pernah mesej you, mungkin Facebook yang hantar mesej ulang tahun friendversary bagi pihak I.’ Okey, malu besar! Terus saya delete nombor telefon si dia selepas itu.” – Ana, 26

Terpeluk Pula!

“Saya dan teman sepejabat (lelaki) ditugaskan untuk menghadiri outdoor meeting. Kerana susah dapatkan Grab, dia cadangkan saya pergi bersamanya menaiki motosikal. Selesai memakai helmet, saya membonceng dan terus memeluk tubuhnya. Oops! Sudah terbiasa kerana selalu menjadi pembonceng motosikal teman lelaki. Malunya, lalu cepat-cepat saya lepaskan pelukan. Awkward!” – Shanti, 28

Lebih banyak lagi pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor