Cosmo Confessions (Bahagian 29) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 29)

Cosmo Confessions (Bahagian 29)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 29)

Foto: Depositphotos

Oops, kantoi!

“Satu hari jiran kacak sebelah rumah mengetuk pintu untuk pulangkan bungkusan pos laju yang dia telah buka secara tak sengaja. Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinannya memulangkan barang tersebut. Sweet, kan? Sehinggalah saya tersedar yang saya beli costume lingerie secara online! Merah padam muka saya dan rasa tak mahu terserempak dengan dia lagi. Mesti dia sangka saya wanita ‘nakal’.” – Amanda, 23

Salah Arah

“Saya jenis OCD terutamanya tentang selok-belok jalan di Kuala Lumpur dan saya geram bila ada pemandu Grab yang kurang mahir dengan jalan serta bergantung kepada aplikasi Waze semata-mata. Satu hari, saya terpaksa guide pemandu Grab dari pejabat ke Pavilion kerana data internetnya habis. Geram tapi kurang rasa marah bila pemandu tersebut berkali-kali minta maaf.” – Julia, 25

Salah Tandas

“Saya kelam-kabut berlari ke bilik air kerana cirit-birit. Saya perasan ada kelainan dalam tandas, tapi disebabkan perut dah tak tahan, saya masuk saja tanpa hiraukan keadaan sekeliling. Sebaik saja siap melepaskan ‘hajat’, saya terdengar sekumpulan budak lelaki bergelak ketawa. Oops…saya termasuk tandas lelaki rupanya! Berdiam diri adalah langkah terbaik waktu itu. Terpaksalah tunggu hingga waktu rehat habis supaya saya boleh keluar dengan aman.” – Suhaili, 21

Lebih banyak lagi pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor