Cosmo Confessions (Bahagian 28) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 28)

Cosmo Confessions (Bahagian 28)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 28)

Foto: Depositphotos

Sama Nama

“Sewaktu menunggu untuk sesi temu duga, seorang wanita memanggil nama saya. Saya bangun lalu menuju ke bilik temu duga. Sebaik tiba di pintu, ada kelibat lain menghampiri saya. Kami berdua berhenti, “Ariana?” tanya wanita itu. Saya mengangguk. Oh, rupanya nama kami sama. Dua-dua ketawa dan menunggu nama penuh kami disebut kembali. ‘Itulah, lain kali jangan main game,’ pesan penemu duga kepada saya. Aduh!” – Ariana, 22

Suka Nangis

“Tabiat bercakap sendiri dan menangis depan cermin tak dapat saya bendung sejak kecil hinggalah terkantoi dengan kekasih. Untuk menutup malu, terpaksalah saya tipu yang saya merindui Maple, kucing peliharaan yang sudah mati….sedangkan hakikatnya saya tak pernah ada haiwan peliharaan. Sorry darling!” – Tania, 26

Aduh, Malangnya!

“Ketika first date dengan jejaka yang dikenali menerusi Facebook, kami bersetuju untuk mendaki Bukit Broga. Malangnya, saya tertinggal dompet dan tiba-tiba ‘datang bulan’. Terpaksalah saya ketepikan rasa malu dan beritahu si dia hal sebenar. Bukan saja dia terpaksa bawa saya ke farmasi, dia juga kena bayar tuala wanita saya.” – Shenna, 29

Lebih banyak lagi pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor