Cosmo Confessions (Bahagian 27)
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 27)

Cosmo Confessions (Bahagian 27)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 27)

Foto: Depositphotos

Kuat Perasan

“Bengang sangat bila mengenali jejaka yang terlalu yakin bahawa saya bakal menjadi kekasihnya. Saat keluar bersama, si dia mengambil telefon saya dan upload Instagram story menyatakan sesiapa yang ingin mengenali saya boleh terus bermimpi kerana dialah kekasih saya. Selepas itu, saya tak pernah hubungi dia lagi.” Selena, 27

Si Penyamar

“Bila berkenalan dengan stranger, saya tak pernah guna nama sebenar. Ada saja nama samaran seperti Liy, Nita atau sebagainya. Hinggalah ketika saya sedang lepak dengan teman, ada jejaka mendekati dan memanggil saya Lola. Semua terpinga-pinga, jadi terpaksalah saya beritahu perkara sebenar.” Ameera, 24

Alamak, Tak Tahan!

“Dek kerana terlalu gugup ketika temu duga, saya tahan untuk ke tandas walaupun setiap pagi saya akan ‘membuang’. Sakitnya perut sampai mahu terkentut, makin ditahan, makin menjadi. Akhirnya terlepas juga dan bunyinya pula kuat hingga penemu duga tergelak besar. Merah padam muka saya menahan malu.” Armie, 23

Lebih banyak lagi pengakuan pembaca di sini.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor