Cosmo Confessions (Bahagian 26)
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 26)

Cosmo Confessions (Bahagian 26)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 26)

Foto: Depositphotos

Terlepas Flight

“Penerbangan sedikit lewat daripada waktu sebenar. Jadi bila sampai di terminal transit, saya tercungap-cungap berlari mencari pintu kerana hanya tinggal 15 minit untuk kapal terbang berlepas. Dek kerana rabun, saya tersalah pintu. Walaupun sudah lari lintang-pukang saya masih terlepas penerbangan. Terpaksalah menunggu lima jam di airport untuk penerbangan seterusnya. Malang sungguh!” Ivana, 27

Bohong Sunat

“Saya berbohong ketika temu duga di sebuah syarikat dengan menyatakan saya fasih berbahasa Perancis, walhal hanya tahu angka satu hingga 10 saja. Memang rezeki, saya diterima bekerja di sana. Tiga bulan kemudian, bos minta saya entertain klien dari Perancis. Tak boleh berfikir panjang, saya MC selama seminggu.” Alis, 29

Jadi Bahan Jenaka

“Nak cepat punya pasal, tak perasan saya pakai baju terbalik ketika menjemput anak saudara di tadika hinggalah ditegur sepasang suami isteri. Saya dan mereka sama-sama gelak, padahal dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa malunya saya ketika itu.” Najwa, 22

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor