Cosmo Confessions (Bahagian 25) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 25)

Cosmo Confessions (Bahagian 25)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 25)

Foto: Depositphotos

Dituduh Pelahap

“Sakit hati bila bekas kekasih tegur saya makan tak baca doa dan sebab itulah saya makan terlalu banyak. Di depan temannya pula tu. Saya memang kuat makan tapi saya tak senang gemuk. Tak perlulah tegur sebegitu hingga buat saya malu…” Dalia, 27

Tak Pasal-pasal…

“Pengajaran yang saya nak share dengan pembaca Cosmo adalah jangan lambat bila ada mesyuarat. Saya lambat hadir dan berbasikal ke mesyuarat (kerana sokong kempen Car Free). Akibatnya, baju saya basah dan mestilah bos geli tengok. Terpaksa saya keringkan baju dalam tandas dengan hand dryer. Kalau tak semua ‘lari’ bila nampak saya.” Oktavia, 27

Pengasuh Tak Bertauliah

“Saya sukakan baby dan jadi orang kepercayaan kakak untuk jaga anaknya. Semuanya okey hingga tiba waktu mandi. Anak sedara saya tertelan air sabun (mungkin rasa seronok nak cuba). Terkejut dan pucat muka saya kerana takut apa-apa terjadi pada si kecil ini. Tambah pelik, anak sedara asyik sedu-sedu dengan ada buih keluar di mulutnya. Nasib si kecil ini masih boleh belum bercakap, mestilah kakak saya tak tahu.” Darlina, 23

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor