Cosmo Confessions (Bahagian 24) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 24)

Cosmo Confessions (Bahagian 24)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 24)

Foto: Depositphotos

Salah Ambil Kopi

“Ketika di Starbucks, saya ambil minuman yang telah siap (sangkaan milik saya). Selepas beberapa hirupan air, saya rasa ia bukan kopi saya dan letak kembali di kaunter menunggu minuman. Pemilik kopi itu datang dan ambil kopinya, saya nganga dan tak cakap apa-apa. Ampuuunnn…”

Aduh, Malu!

“Saya pernah jadi pelayan sebuah restoran mewah terkenal tapi pengalaman ketika itu memalukan. Sewaktu saya hantar makanan pada pelanggan di bahagian terrace restoran, angin tiup dengan kuat hingga menampakkan seluar dalam saya. Al-maklum, uniform restoran ini adalah dress. Tergelak pelanggan yang nampak seluar dalam saya. Sigh.” Mira, 25

Pengakuan Jejaja

“Nak cakap suka dimples si dia tapi tercakap perkataan lain iaitu nipples. Oops! Pendek cerita kami tak berhubung lagi selepas itu.” Andy, 27

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor